
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan ( kami ceduk dari dapur kak ita)
1 bungkus konnyaku jelly powder ~ ita guna agar-agar
180 g gula pasir
150 g buah naga merah, dilecek halus
750 ml air
200 ml susu sejat
1 1/2 cawan isi nenas dalam tin telah didadu kecil
2 helai daun pandan, disimpul
Hirisan buah naga, untuk hiasan
Hirisan nenas, untuk hiasan
Sediakan acuan yang sesuai (mat guna jenis kecik2), isi kan setiap acuan dengan isi nenas yang telah didadu tadi. Ketepikan.
Satukan gula dan serbuk jelly konnyaku ke dalam 750 ml air, kacau rata dengan whisk, jerang atas api sederhana sambil dikacau, hingga mendidih. Masukkan daun panda juga, kacau selalu.
Tuang susu cair, kacau rata dan masukkan buah naga merah yang telah dilecek tadi, kacau lagi dan masak hingga mendidih, gunakan api kecil. Keluarkan daun pandan dan tuang bancuhan tadi ke dalam jug air.
Berhati2 tuang ke dalam acuan kecil yang telah disediakan awal tadi hingga penuh. Biarkan wap panas nya hilang dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, atau hingga beku dan sejuk (biasanya jeli konnyaku cepat membeku). Keluakan dan hias dengan hirisan buah naga dan hirisan nenas tadi.
Lupa nak tulis, lapisan atas tu ita letak lapisan agar2 putih sahaja. Agar2 masak dengan air dan gula. Bila susun buah tuangkan agar2 putih tu dahulu. Agar2 tu buat dalam 1/2 peket sahaja

0 comments:
Post a Comment