Monday, 30 April 2012
ayam anda hanyir? kini tidak lagi
Labels:
t i p s
segarkan sayurmu
Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.
Labels:
t i p s
khasiat buah naga
KHASIAT BUAH NAGA

Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia diantaranya sebagai penyeimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kancer usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengobati masalah keputihan.
Buah naga biasanya dirangkumi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandung kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat disajikan dalam bentuk jus, sari buah, manisan ataupun sajian lain mengikut kesesuaian selera anda.
Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Buah naga biasanya dirangkumi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandung kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat disajikan dalam bentuk jus, sari buah, manisan ataupun sajian lain mengikut kesesuaian selera anda.
Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Menurut AL Leong dari Johncola Pitaya Food R&D, organisasi yang meneliti buah naga merah , buah kaktus madu itu cukup kaya dengan berbagai zat vitamin dan mineral yang sangat membantu meningkatkan daya tahan dan bermanfaat bagi metabolisme dalam tubuh manusia.
“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menutrealkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kancer usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.
Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan jantung, serat (mencegah kancer usus, kencing manis dan diet) karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (mencegah demam badan). vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :
Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg
Labels:
k h a s i a t
JELI NAGA

By : CMG Dapur Tanpa Sempadan ( kami ceduk dari dapur kak ita)
1 bungkus konnyaku jelly powder ~ ita guna agar-agar
180 g gula pasir
150 g buah naga merah, dilecek halus
750 ml air
200 ml susu sejat
1 1/2 cawan isi nenas dalam tin telah didadu kecil
2 helai daun pandan, disimpul
Hirisan buah naga, untuk hiasan
Hirisan nenas, untuk hiasan
Sediakan acuan yang sesuai (mat guna jenis kecik2), isi kan setiap acuan dengan isi nenas yang telah didadu tadi. Ketepikan.
Satukan gula dan serbuk jelly konnyaku ke dalam 750 ml air, kacau rata dengan whisk, jerang atas api sederhana sambil dikacau, hingga mendidih. Masukkan daun panda juga, kacau selalu.
Tuang susu cair, kacau rata dan masukkan buah naga merah yang telah dilecek tadi, kacau lagi dan masak hingga mendidih, gunakan api kecil. Keluarkan daun pandan dan tuang bancuhan tadi ke dalam jug air.
Berhati2 tuang ke dalam acuan kecil yang telah disediakan awal tadi hingga penuh. Biarkan wap panas nya hilang dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, atau hingga beku dan sejuk (biasanya jeli konnyaku cepat membeku). Keluakan dan hias dengan hirisan buah naga dan hirisan nenas tadi.
Lupa nak tulis, lapisan atas tu ita letak lapisan agar2 putih sahaja. Agar2 masak dengan air dan gula. Bila susun buah tuangkan agar2 putih tu dahulu. Agar2 tu buat dalam 1/2 peket sahaja

Labels:
j o m c u b a : d e s s e r t s
Saturday, 28 April 2012
Puding Trifle Cikgu Baik
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 sd besar gula
4 sd besar tepung kastard
1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
½ biji kek gulung sederhana saiznya
1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya
1 peket agar-agar jeli kristal Nona
1 mangkuk air panas
Cara-cara
-Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
-Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
-Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis.
-Kemudian, susunkan buahan campur dengan air buah-buahan tin.
-Tuangkan bancuhan kastard ke atas susunan buah-buahan tadi.
-Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
-Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas kastard dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan.
- Hiasan tambahan, letak la whipped krim dan susunkan strawberi..nyumnyum
Friday, 27 April 2012
prinsip memasak
RERINSIP MEMASAK
TUJUAN MEMASAK
Supaya makanan itu selamat dimakan ,tahan disimpan,memudahkan pencernaan,membaiki rupa dan tekstur supaya lebih menarik dan menyelerakan,mempelbagaikan masakan,dan menambahkan perisa makanan.
PRINSIP MEMASAK MAKANAN
Penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai.Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat memperoleh rupa,warna,tekstur,rasa,dan kehilangan nutrien paling sedikit dalam masakan
KAEDAH MEMASAK
- Kaedah memasak menggunakan haba kering seperi menggoreng.
- Kaedah memasak menggunakan haba lembap seperti mengukus,merebus,mereneh,merendidih dan mencelur.
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MEMASAK MAKANAN MENGGUNAKAN HABA KERING
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MEMASAK MAKANAN MENGGUNAKAN HABA KERING
KESAN HABA TERHADAP MAKANAN
ALAT PENJIMAT MASA
Terdiri daripada pengisar,pengadun,ketuhar,ketuhar gelombang mikro,pengadun kopi,periuk nasi eletrik,periuk tekanan dan lain-lain.
KEGUNAAN ALAT-ALAT PENJIMAT MASA
Be the first to like this page
Labels:
n o t a E R T
Subscribe to:
Posts (Atom)